Laman Utama Galeri Syahmina Kengkawan Suka baca Media Gosip

Showing posts with label iktibar. Show all posts

nisfu syaaban...

10:31 PM
Hari Nisfu Sya'ban..

Marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatanyang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, rabu malam), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, ahad malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (khamis)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya ParaMalaikat
12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA KHAMIS 6hb OGOS INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...
Read On 0 comments

iktibar

1:34 PM
Baca artikel mengenai pengemis sebelum ini, teringat saya satu kisah.
Walaupun berpendapatan tetap, kita sering mengeluh, harga
minyak dan barangan semakin naik, hal anak-anak nak bersekolah lagi. Tapi
tahukah anda, ada seseorang yang menjadi pengemis tetapi mampu membesarkan anak-anaknya, sehingga anak-anak tersebut berjaya berada dekat universiti? Ketika itu, saya masih menuntut di sebuah kolej di Sunway.
Saya sedang berjalan keluar daripada kolej saya ketika saya melihat seorang pengemis tua, dalam lingkungan umur 50-an, sedang duduk meminta sedekah. Selalunya, saya hanya memberi wang kepada mereka dan terus berlalu. Entah kenapa, mungkin mood saya tengah baik dan saya pun tiada rushing nak ke mana-mana. Saya lalu berbual2 dengan hamba Allah tersebut.
Saya :Sudah lama mengemis, pakcik?
Pengemis : Ya...lebih kurang sudah 18 tahun , nak.
Saya : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak
Saya : Banyak juga ya pakcik??
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Saya : Ohhhh.....keluarga pakcik ada di mana?
Pengemis : Isteri pakcik meninggal lama dah. Anak pakcik pulak semuanya ada 3 orang, tiga-tiga lelaki. Yang pertama dekat di
Universiti Putra Malaysia di Serdang tu. Yang kedua dekat Universiti Malaya , dan yang ketiga dekat Universiti kebangsaan Malaysia di Bangi nuun.
Saya :Wahh..hebat- hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr..
Penegmis: (Sambil tersenyum ;-) Biasalah nak. Anak pun pandai apa, sekolah kat sini?
Saya: (Membalas senyuman..^_ ^..) Pakcik ni..So anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : Tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....Diaorang kata duduk maengemis dekat universiti ni banyak kit incomnyer pasal budak2 U nie pemurah! Lagi2 kalau dekat2 exam. Setakat dua tiga ratus sari tu biasalah!
Saya: Cisss..Hampehhhhhh. .!!!!
Read On 0 comments

kengkawan...

  • Cara Hilangkan Parut Dan Bekas Jerawat Tanpa Produk - *Cara Hilangkan Parut Dan Bekas Jerawat Tanpa Produk.* Siapa sahaja yang tidak menginginkan kulit wajah yang bersih tanpa parut dan bekas jerawat kan? ...
    9 years ago
  • Salam 2016 - Assalam semua.. Ada lagi ke yang singgah sini? Konon nye azam tahun ni nak rajin sket update untuk kenangan sendiri la.. Seronok bila kebek balik kisah yan...
    10 years ago
  • #MH370....TABAHLAH DUHAI SEKALIAN HATI YANG KEHILANGAN :'( - #MH370 8 mac 2014 Dunia gempar saat kau hilang dr radar Byk mulut mula membuat andaian Tidak kurang ada yang mempersenda Telah bergelen air mata mereka2...
    12 years ago
  • assalamualaikum.... - salam bersiaran kembali ....wah lamanya ieta biaq blog ni terbengkalai no.....bukan pa sejak berjinak2 dengan muka buku....terus hilang moood dh kt blog ni...
    14 years ago
  • KEMBALI BERBLOGGER - Alhamdulillah...masih lg berpeluang untuk kembali berblog...Selama ni...asyik melayan FB jer...sekarang ni...dah ramai kawan2 yg tak berapa aktif berblog,r...
    14 years ago
  • A year Older... - 30 years old. Syukur Alhamdullillah. Having a wonderful husband, a beautiful daughter, a cheeky son, the most understanding mom, a 'garang' dad who taugh...
    14 years ago

siapa aku...

My photo
namaku syukriah, nama suamiku ramzan dan nama anakku syahmina...kami famili yang bahagia, gembira dan segala-galanya...

masa sekarang ...

perjalanan hidup kami sefamili...

Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers